Korang mesti pernah dengar pepatah ‘gali lubang, tutup lubang’ kan? secara ringkas kita selesaikan hutang A dengan cara membuat hutang B yang sebenarnya kita hanya memanjangkan tempoh pinjaman.
Namun bagi seorang lelaki ini, ungkapan itu bukan sekadar metafora, tetapi pengalaman sebenar yang menjerat dirinya dalam kitaran kewangan yang membebankan.
Bermula dengan hutang RM15,000

Menerusi perkongsian daripada Thread Nakem Jalel, beliau berkata permulaan hutang itu adalah untuk memulakan perniagaan persendirian. Namun, selepas beberapa bulan, aliran tunai dan keuntungan perniagaan tidak seperti yang diharapkan.
Bagi mengelakkan tunggakan bayaran dan tekanan kewangan semakin memuncak, Nakem akhirnya meminjam lagi RM5,000 kali ini bukan untuk menambah modal, tetapi ingin menampung hutang sedia ada.

Kepala makin kusut, pinjam lagi RM20,000 untuk selesaikan hutang lama
Nakem pada mulanya beranggapan bahawa dengan meminjam lagi, aliran tunai dan kemampanan perniagaannya dapat diperbaiki. Namun, kesilapan demi kesilapan dalam percaturan kewangan terus mendorong kepada peningkatan hutang yang berganda.

Sedar-sedar hutang sudah mencecah 6 angka!
Menurut Nakem, hutangnya kini telah melebihi RM100,000 dan beliau sedang dalam proses membayar semula dengan menjual apa yang ada. Dalam pada masa yang sama, Nakem terpaksa makan nasi putih dan telur hampir setiap malam demi kelangsungan hidup.


Netizen kata masih ada peluang, perlu segera pergi ke AKPK
Berdasarkan komen daripada akaun thread ismie.husna, beliau berpendapat bahawa situasi lelaki ini masih mempunyai peluang untuk diperbetulkan. Katanya, individu tersebut perlu segera mendapatkan nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menguruskan semula hutang.

Pssttt! Strategi ‘gali lubang, tutup lubang’ bukanlah untuk semua orang. Ia memerlukan ilmu, kefahaman yang mendalam serta perancangan yang teliti. Tanpa pengetahuan yang cukup, strategi ini boleh membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat. Semoga menjadi pengajaran untuk semua.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.