Dari Salah Tema Baju, Disuruh Sabar & Keberkatan Seorang Ibu. Ini Kompilasi Video Raya Terbaik 2026 | Trending – Oh! Media

Dari Salah Tema Baju, Disuruh Sabar & Keberkatan Seorang Ibu. Ini Kompilasi Video Raya Terbaik 2026 | Trending – Oh! Media

Setiap tahun, menjelang Hari Raya, salah satu tradisi paling menarik adalah tonton filem-filem Raya yang penuh kreativiti dan emosi. 

Filem Raya ini bukan sekadar promosi, tetapi sering kali menyentuh hati dan menggambarkan nilai-nilai dalam masyarakat, di sebalik meraikan kemenangan umat Islam.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, setiap kali nak raya Ohmedia ‘rajin’ sikit nak kongsikan kompilasi filem raya wajib tonton (yelah mana tau korang terlepas kan?).

Dari saat-saat lucu hingga momen yang mengundang air mata, kami ada semuanya. Jadi, pastikan korang tengok sampai habis tau!

Watsons: Pentas Raya Glam

Setiap tahun, tema baju Raya pasti menjadi isu hangat dalam kalangan keluarga. Iyalah kalau boleh hari raya pertama semua nak nampak glam kan?

Dalam iklan raya Watsons tahun ini, menyaksikan penampilan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Kak Long yang berusaha nak beraya tema sedondon siap bagi alasan mak dengan abah yang nak. 

Namun, cabaran dan konflik dengan adik-beradiknya membuatkan situasi menjadi lucu. Saksikan bagaimana Kak Long menerima takdir raya tak sedondon dengan penuh gaya dan humor. 

Grab: Sabar’s On The Way

Ada ke patut suruh pelanggan sabar? Sabar jelah!

Haaa… Tahun ini Grab mengadaptasi kisah benar yang mencuit hati seorang pelanggan dan rakan penghantar.

Bayangkan tengah tunggu orang hantar barang, Hanisz tiba-tiba dapat notifikasi ‘Sabar, on the way’. Ada ke patut dia suruh kita sabar?

Tapi rupanya ‘Sabar’ ni ada plot twist sikit. Hmmm. Malulah macam ni!

Maybank: Berkat Mak 

Filem raya Maybank menelusuri emosi seorang ibu yang melepaskan anak-anaknya satu demi satu bagi mengejar impian dan membina keluarga.

Di sebalik kejayaan anak-anak, ada doa seorang ibu yang menembus langit sentiasa berdoa untuk kejayaan dan kebahagiaan anak-anaknya. 

Saksikan dan hayati setiap detik dalam iklan ini yang pasti akan membuatkan korang menghargai kasih sayang seorang ibu.

GWM: Lebaran Keredaan

Perjalanan pulang ke rumah untuk bersama keluarga adalah momen paling dinanti setiap tahun.

Saksikan kisah yang bermain dengan emosi, kejutan dan kasih sayang. Menjadikan perjalanan Raya lebih bermakna .

Diarahkan oleh Pekin Ibrahim, filem pendek ini dibintangi barisan pelakon hebat Fadhli Masoot, Hasnul Rahmat dan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, pasti buat anda rasa lebih dekat dengan keluarga.

U Mobile: Duit Raya & Senyum Gugur Di Penghujung Doa

Jika tahun-tahun sebelum ini U Mobile tak pernah miss filem raya. Tahun ada something special, U Mobile berkolaborasi dengan artis tempatan mempromosikan lagu raya.

Lagu Duit Raya nyanyian Sharul Kamal & Mierul Aiman membawa mesej penting bahawa Raya tetap meriah walau dalam keadaan kewangan yang sederhana. Lirik best dengan kejutan Mierul Aiman yang berubah menjadi rapper.

Berbeza dengan lagu sebelumnya, Dayang Nurfaizah tampil penuh beremosi untuk lagu Senyum Gugur Di Penghujung Doa.

Pendengar ‘dipaksa’ merenung tentang kehilangan dan kerinduan kepada orang tersayang. Melodi yang menyentuh hati confirm buat korang nangis terutamanya bagi mereka yang mengalami kehilangan. 

Maxis: Janji Untung

Apa agaknya perasaan seorang ayah bila dia ‘terpaksa’ mengkhianati janji kepada anak-anak nak berpakaian sedondon warna hijau sempena raya.

Demi untung yang dikejar, berbaloikah semua ni? Saksikan bagaimaan realiti peniaga bazar yang perlu berkorban dalam Janji Untung,

Tropicana: Ayam Coming!

Ikuti kisah lucu Seman yang kehilangan ayam menjelang hari raya dan bagaimana rakan karibnya Siva dan Boon sama-sama terlibat dalam misi ini.

Dapatkah Seman jumpa ayamnya semula? Saksikan filem raya Tropicana, Selamat Hari Raya Aidilfiri.

Lalamove: Inilah Rezeki Ramadan

Adik oyen pun menari sekali ke tu? Best juga jiggle Lalamove ni, simple, padat yang penting mesej sampai. 

Dalam kita sibuk tenggelam dalam suasana persiapan Raya, Lalamove sentiasa ada untuk membantu menghantar barang dengan cepat dan mudah. Hanya perlu tempah, Lalamove terus sampai depan pintu.

Kurangkan stress, lebihkan ibadah. Yang lain, biar Lalamove settlekan, korang kini boleh menikmati diskaun penghantaran sehingga 30 peratus dengan kod LAREZEKI.

Indah Water Konsortium: Kosong Sama

Tipulah kalau membesar dalam kalangan adik-beradik takde tergigit lidah akibat gurauan dan salah faham. Apapun janganlah korang bergurau lebih-lebih pula macam si abang dalam iklan raya IWK ni.

Pastikan tak simpan dendam dan bermaafan barulah Kosong Sama.

KFC: Kampung Kita

Laku keras Wani Kayrie tahun ni, merdu pula lagu raya KFC ni. 

Aku Mahu.. Mahu.. Mahu.. Mahu.. Balik kampung

Lirik ringkas tapi kenalah dengan suasana perayaan yang membuat hati ingin pulang ke kampung tapi lagi istimewa kalau boleh pulang dengan yang tersayang barulah jadi Kampung Kita.

Spritzer: Samting-Samting

Eah masak sedap pun jadi isu? Kenapa Mak Ngah tuduh Alia buat Samting-Samting?

Adakah betul Alia ni ada samting yang buat makanannya sedap?  Atau.. Saksikan kesudahannya dalam Iklan Muzikal Raya Spritzer 2026: Samting-Samting.

Gardenia: Setulus Kasih

Tak perlu mengaku diri kita baik, sebaliknya layanan kita terhadap orang sekeliling yang jadi pengukur bagaimana diri kita sebenarnya.

Filem raya Gardenia tahun ini mengangkat keindahan hidup berjiran yang saling membantu dan mengingati walaupun berbeza bangsa dan agama. Kisah Amma yang sanggup menunggu Shukor hanya untuk menemaninya yang tak dapat pulang beraya.

MR. DIY: Raya Sama Sama

Menutup kompilasi kita, MR. DIY mempersembahkan comeback Raya Sama Sama versi 2026. Dengan melodi yang catchy dan menarik, lagu ini pasti akan menaikkan semangat beraya korang dengan sepupu an saudara mara yang lain! 

Jangan lupa untuk buat dance challenge guna lagu ini di media sosial, dan meriahkan suasana Raya dengan keceriaan!

Fuhhh, macam naik roller coaster dah lepas binge-watch semua hiburan tahun ni! Mana satu pilihan korang?

Kami berharap kompilasi iklan Raya ini dapatlah sedikit sebanyak menghiburkan korang. Di kesempatan ini juga kami di OhMedia ingin memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top