Daripada juara liga kepada juara Eropah, kini juara dunia

Daripada juara liga kepada juara Eropah, kini juara dunia

Guardiola bersama pemain City meraikan kejayaan menjuarai Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Fluminense 4-0 dalam perlawanan akhir. – Foto Facebook Manchester City

MANCHESTER City menambah koleksi trofi kelima selepas menewaskan Fluminense 4-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab di Jeddah pada Sabtu untuk menutup 2023 dengan pencapaian yang luar biasa.

City adalah kelab Inggeris pertama yang memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab secara serentak.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian diraih kelab ini. Apa yang telah kami lakukan adalah pencapaian yang cemerlang.

“Kejayaan merangkul trofi ini adalah untuk menjadi pasukan terbaik dunia. Sebagai pengurus ini merupakan perkara yang paling saya banggakan bagi membuktikan bahawa kami sentiasa ada.

Scroll to Top