Dasar Bekerja Dari Rumah perkhidmatan awam masih terpakai

Dasar Bekerja Dari Rumah perkhidmatan awam masih terpakai

Kuala Lumpur: Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi perkhidmatan awam industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih lagi terpakai walaupun semua negeri kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, kehadiran pegawai ke pejabat bagi kawasan PKPB adalah pada tahap maksimum 30 peratus, PKPP pada tahap optimum dan boleh beroperasi sepenuhnya.

“Bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada ketua jabatan untuk melaksanakan arahan ini mengikut kesesuaian cara kerja masing-masing.

“Bagi industri di kawasan PKPB, syarikat boleh beroperasi dengan kehadiran 30 peratus daripada kumpulan pengurusan manakala 100 peratus bagi pekerja kumpulan sokongan dan yang terbabit secara langsung dalam production line.

“Bagi kawasan PKPP, syarikat boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Scroll to Top