Dasar bekerja dari rumah sektor awam, GLC mula 15 April

Dasar bekerja dari rumah sektor awam, GLC mula 15 April

Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video berkata keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

Beliau berkata, ketegangan melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran itu telah menjejaskan rantaian bekalan global namun Malaysia masih mampu bertahan dengan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter buat masa ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top