Datang Awal, Naim Daniel Solat Subuh Di Mahkamah

Datang Awal, Naim Daniel Solat Subuh Di Mahkamah

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya seawal jam 6 pagi tadi bagi menghadiri pengurusan kes amang sesksual melibatkan remaja berusia 17 tahun.

Memetik mStar Online, Naim meluahkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan memaklumkan dia dalam keadaan baik sahaja.

BACA: “Saya Dalam Keadaan Baik” – Naim Daniel Sedang Sibuk Tulis Lagu

“Saya tiba seawal jam enam pagi dan menunaikan solat Subuh disini. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan semua pihak berikan kerjasama yang baik. Saya berada dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, Naim berkata dia sedang sibuk menyiapkan rakaman serta promosi lagu terbarunya yang bakal dilancarkan hujung September ini.

Dalam pada itu, Naim meluahkan rasa syukur klip teaser lagu terbarunya mendapat reaksi positif daripada peminat dan fokusnya kini hanya pada kerjayanya.

“Saya angga ini satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya sentiasa mendoakan kebaikan buat semua yang masih menyokong dan mendengarkan karya saya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top