Trending
Lelaki datang iktikaf jam 2 pagi kecewa Masjid TNB berkunci, kini semua gate dibuka 24 jam untuk jemaah.
Niat seorang lelaki untuk beriktikaf pada awal pagi di Masjid TNB tidak kesampaian selepas dia mendapati pintu pagar masjid tersebut berkunci ketika tiba di lokasi sekitar jam 2 pagi.
Perkongsian itu dimuat naik di media sosial dan menarik perhatian ramai apabila lelaki berkenaan meluahkan rasa teruja untuk beriktikaf, namun terpaksa mencari masjid lain untuk meneruskan ibadah.
Lelaki kongsi pengalaman datang iktikaf awal pagi tapi pagar masjid kunci
Dalam perkongsiannya, lelaki tersebut memaklumkan dia datang ke Masjid TNB sekitar jam 2 pagi tetapi tidak dapat masuk kerana pintu pagar berkunci.

Perkongsian itu turut disertakan gambar keadaan pintu pagar masjid yang ditutup pada waktu tersebut.
Dia berharap masjid dapat membuka pagar sepanjang masa jika sesuai.
Pihak masjid beri penjelasan
Tidak lama selepas itu, seorang individu dipercayai mewakili pihak Masjid TNB tampil memberikan penjelasan di ruangan komen.
Menurutnya, selepas jam 12 tengah malam, beberapa pintu pagar seperti Gate B dan Gate C biasanya akan ditutup.
Namun orang ramai masih boleh memasuki kawasan masjid melalui Gate A yang terletak bertentangan Pantai Hospital dan Gate D berhampiran tasik.

Dalam satu kemas kini lain, individu yang sama turut memaklumkan bahawa pihak masjid telah membuat perubahan dengan membuka semua pintu pagar sepanjang masa.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memuji tindakan pantas pihak masjid dalam memudahkan jemaah untuk datang beribadah terutama sepanjang Ramadan.
Pssttt! Kadang-kadang perkara seperti ini berlaku kerana kurang maklumat tentang laluan masuk yang dibuka. Namun respon cepat pihak masjid yang terus mengambil tindakan membuka semua pintu pagar menunjukkan sikap prihatin terhadap jemaah yang ingin beriktikaf dan beribadah dengan lebih selesa.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



