Datang Solat Tarawih Dapat RM69, Masjid Di Indonesia Diserbu Seawal Tengah Hari

Datang Solat Tarawih Dapat RM69, Masjid Di Indonesia Diserbu Seawal Tengah Hari

Oh! Islam

Fenomena RM69 datang masjid di Sumenep tular apabila jemaah hadir awal untuk solat tarawih dan terima wang tunai.


Baru-baru ini tular satu situasi luar biasa di Sumenep, Jawa Timur Indonesia apabila sebuah masjid dipenuhi orang ramai seawal tengah hari lagi. Rupa-rupanya yang datang ni bukan sekadar untuk solat, tetapi kerana ada agihan wang tunai kepada jemaah yang hadir.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, kelihatan orang ramai sudah mencari ruang sejak awal, malah ada yang siap bentang sejadah di laluan berturap kerana kawasan masjid sudah penuh. Fenomena dapat RM69 datang masjid ini terus mencuri perhatian semua.

Program agihan duit tarik kehadiran luar biasa solat tarawih

Perkara itu disahkan oleh wakil rakyat, MH Said Abdullah yang memaklumkan pihaknya memang mengagihkan zakat mal kepada jemaah di beberapa masjid dan mushala sekitar Kabupaten Sumenep. Antara lokasi terlibat termasuk Mushala Wakaf Abdullah, Masjid Laju, Masjid Nasabandiyah serta beberapa lagi surau lain.

Zakat mal yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak Rp300,000 bersamaan kira-kira RM69 bagi setiap individu yang hadir menunaikan solat tarawih. Inilah yang menyebabkan istilah RM69 datang masjid menjadi bualan ramai di media sosial.

Agihan wang tunai diberikan pada hari Rabu sahaja

@infodepok

Viral di media sosial, warga di Sumenep Jawa Timur, tampak antusias mengikuti shalat tarawih. Jemaah bahkan sudah memadati area Masjid sejak sing hari. Dibeberapa titik bahkan warga sudah menggelar sajadah hingga di luar Masjid dan tengah jalan. Diketahui antusias ini juga didorong dengan tradisi tahunan zakat mal dari Said Abdullah Politisi Partai dan Ketua Banggar DPR RI, yang membagikan amplop senilai hingga Rp300 ribu. Tradisi tersebut diketahui telah berlangsung dalam beberapa tahun terakhir dan menjadi salah satu agenda yang dinanti warga setempat setiap memasuki bulan puasa. Artikel Inews 🎥 coronk_style, ceritakotakeris

♬ suara asli – Info Depok

Program itu hanya dilaksanakan pada hari Rabu sahaja sepanjang Ramadan dan bukan setiap hari. Bagi memastikan keadaan terkawal, seramai 193 anggota polis tempatan dikerahkan dari jam 4 petang hingga 8 malam untuk menjaga keselamatan.

Alhamdulillah, keseluruhan rangkaian solat tarawih dan pengagihan zakat mal berjalan dengan aman dan lancar serta situasi kekal kondusif. Ini hasil kerjasama yang baik antara anggota keselamatan dan masyarakat.- Katanya.

Pihak polis turut memaklumkan pemantauan akan terus dipertingkatkan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

Pssttt! Ohmedia lihat bantuan seperti ini memang memberi manfaat kepada ramai, tetapi kita tetap kena jaga niat dan adab bila hadir beramai-ramai. Rezeki itu penting, namun keselamatan dan tertib jangan sesekali diabaikan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top