Nampaknya kata-kata Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi jadi perhatian netizen, tapi kali ini isterinya sendiri yang tampil menjelaskan salah faham itu dan memohon maaf.
BACA: Fattah Amin Akhirnya Jawab Soal Tarikh Kahwin Dengan Amira Othman
Menerusi satu live di TikTok, Datin Shahida secara terbuka memohon maaf kepada pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman di atas ketelanjuran suaminya menyebut Amira sebagai isteri Fattah.
Aliff Syukri tersasul isteri Fattah Amin
Jelasnya, Aliff hanya ingin bertanya siapakah selebriti yang pernah digosipkan bercinta dengan Fattah. Tetapi disebabkan gaya pertuturannya yang ‘berbelit’, ianya menjadi satu pertanyaan lain.

Jelas Shahida, dia sendiri terkejut apabila video tersebut menjadi tular dan diperkatakan ramai. Katanya, tiada apa-apa isu besar pun yang berlaku, cuma satu kesilapan spontan yang tidak disengajakan.
Sebelum ni viral video papa tanya siapa isteri Fattah Amin, mama faham. Dia bukan nak tanya bini Fattah Amin, dia nak tanya yang orang gosipkan tu tapi papa kan macam tu. Mama faham maksud dia. Yang gosip tu Amira Othman, bukanlah bini dia.
Ini permohonan maaf secara terbuka

Saya pun terkejut boleh viral. Sebenarnya tiada apa. Jadi, ini adalah permohonan maaf kepada Fattah Amin dan Amira Othman. Sorry tau korang, itu sebenarnya spontan ja.
Usahawan ini memohon maaf jika terlebih bicara dan menjelaskan mereka tidak tahu kebenaran gosip tersebut. Dia berseloroh berkata, setakat ini tiada jemputan perkahwinan dibuat.




