Dato Seri dalang tipu pelaburan diberkas

Dato Seri dalang tipu pelaburan diberkas

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Individu bergelar Datuk Seri antara beberapa suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group (MBI).

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan itu menerusi operasi Op Northern Star dilakukan baru-baru ini.

Beliau berkata, bagaimanapun butiran mengenai hasil Op Northern Star terbabit akan dikongsikan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam masa terdekat.

Pada 30 Mei lalu, Muhammed Hasbullah memaklumkan jumlah tangkapan membabitkan kes penipuan pelaburan MBI adalah seramai 17 individu dengan keseluruhan aset dibekukan dan disita sejumlah RM3.81 bilion.

Katanya, tangkapan itu membabitkan usahawan bergelar ‘Tan Sri’ dan ‘Datuk Seri’ yang dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu.

Suspek ditahan di sekitar Lembah Klang dan di utara tanah air menerusi Op Northern Star.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top