Datu Anif–Dania Sofea garang di Ipoh

Datu Anif–Dania Sofea garang di Ipoh
Datu Anif–Dania Sofea garang di Ipoh

Datu Anif–Dania Sofea teruskan kemaraan. Foto BAM

BEREGU campuran remaja nombor satu dunia, Datu Anif Isaac Datu Asrah–Dania Sofea Zaidi memulakan Kejuaraan Badminton Cabaran Antarabangsa Petronas 2025 langkah bergaya di Arena Badminton Perak, Ipoh pada Rabu.

Pasangan berusia 17 tahun itu hanya memerlukan 18 minit untuk menyingkirkan rakan senegara, Muhammad Zulhairi Sahimi–Wong Zi Yi 15-6, 15-9 pada pusingan 32 terbaik.

Kemenangan itu menyalakan keazaman gandingan itu untuk terus memburu gelaran selepas kempunan di Perlis, bulan lalu.

Mereka akan berdepan satu lagi gandingan Muhammad Nurfirdaus Azman–Siti Nurshuhaini Azman pada pusingan 16 terbaik, yang menundukkan pilihan kelima dari India, Ishaan Bhatnagar–Aradhana Balachandra 15-10, 15-13, dalam masa 29 minit.

Sementara itu, beregu campuran Ashraf Daniel Md Zakaria–Lim Xuan gagal menepati status pilihan kedua apabila tewas kepada wakil Indonesia, Kenzie Yoe–Luna Rianty Saffana 4-15, 3-15 dalam aksi 13 minit.

Kenzie–Luna bakal bertemu Loh Ziheng–Noraqilah Maisarah, yang menyingkirkan rakan senegara, Khai Zhe Pang–Xin Ying The, 15-8, 15-12 dalam masa 17 minit.

Scroll to Top