Datuk Bandar Klang Tegaskan Operasi Tangkap Anjing Liar Ikut SOP | Oh! Tidak – Oh! Media

Datuk Bandar Klang Tegaskan Operasi Tangkap Anjing Liar Ikut SOP | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

MBDK menegaskan operasi tangkapan anjing liar di Klang mengikut SOP selepas seekor anjing mati akibat perebutan.

Majlis Bandaraya Diraja Klang menafikan berlaku sebarang pelanggaran prosedur operasi standard dalam operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Klang, minggu lalu.

Penjelasan itu dibuat selepas seekor anjing dilaporkan mati ketika operasi berkenaan sedang dijalankan. Menurut MBDK, kejadian berlaku ketika seorang individu cuba merebut haiwan tersebut daripada anggota bertugas.

Operasi berjaya tangkap 12 ekor anjing

Kredit Foto Threads

Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, sebanyak 12 ekor anjing berjaya ditangkap dengan kerjasama penduduk pada malam berkenaan.

Bagaimanapun, insiden berlaku ketika anggota cuba menangkap anjing yang ke-13. Individu yang mendakwa sebagai pemilik haiwan itu dikatakan mengganggu proses tangkapan sehingga berlaku perebutan.

Akibat daripada perebutan oleh penduduk yang mengaku sebagai pemilik itu, anjing berkenaan terjerut sehingga menyebabkan kematiannya.- Katanya.

Datuk Bandar tegaskan pemilik boleh tuntut semula selepas selesai tangkapan

Kredit Foto MDBK

Menurut Abd Hamid, kaedah menggunakan gelung atau jaring merupakan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata, individu terbabit sepatutnya menunggu sehingga anjing itu selesai ditangkap sebelum membuat tuntutan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Namun, individu berkenaan kemudian didakwa menafikan bahawa anjing itu miliknya. Susulan itu, MBDK menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Dua pegawai dipanggil beri keterangan

Kredit Foto FMT

Setakat ini, dua pegawai MBDK yang terlibat dalam operasi berkenaan sudah dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan.

Pihak berkuasa akan menentukan tindakan lanjut selepas siasatan selesai. Polis sebelum ini mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan membunuh haiwan.

MBDK turut memaklumkan pihaknya menerima kira-kira 50 aduan berkaitan anjing liar setiap bulan. Operasi tangkapan dijalankan bagi menjaga keselamatan penduduk di kawasan terlibat.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top