Datuk Bandar Los Angeles dituntut letak jawatan

Datuk Bandar Los Angeles dituntut letak jawatan

Kebakaran hutan terbesar yang melanda itu turut merebak ke kawasan kejiranan lain. (FOTO: CBC)

– Advertisement –

LOS ANGELES: Lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan bagi menuntut peletakan jawatan Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass susulan insiden kebakaran hutan yang melanda bandar berkenaan.

– Advertisement –

Petisyen yang dilakukan oleh pengguna dikenali sebagai ‘Frustrated Californian’ itu disiarkan di laman Change.org dan menuduh Bass sebagai ‘salah tadbir’ dan kurangnya kepimpinan semasa krisis itu berlaku.

Petisyen itu menyebut lawatan diplomatik Bass ke Ghana, yang menyebabkannya tiada di bandar itu apabila kebakaran bermula pada 7 Januari lalu.

Ia juga mengkritik tahap kesediaan bandar, di samping peruntukan sumber termasuk kekurangan air dan kekurangan dana sumber kritikal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba Los Angeles, Kristin Crowley mengecam pemotongan bajet sebanyak A$17 juta (RM77 juta) yang sepatutnya diberikan kepada jabatan itu.

Beliau turut mendakwa telah memberi amaran kepada pentadbiran bandar itu selama tiga tahun bahawa pihaknya kekurangan dana dan kekurangan sumber.

Bass bagaimanapun menentang dakwaan tersebut, dengan alasan bahawa di bawah pentadbirannya, peruntukan terhadap jabatan itu sebaliknya meningkat sebanyak 7 peratus secara keseluruhan. – Agensi / HARAKAHDAILY 15/1/2025

Scroll to Top