Datuk bandar meninggal dunia selepas pesawat terhempas

Datuk bandar meninggal dunia selepas pesawat terhempas

Buenos Aires: Datuk Bandar Reduccion, sebuah bandar di wilayah Cordoba tengah Argentina, meninggal dunia selepas pesawatnya terhempas, pada Selasa, kata pihak berkuasa wilayah, lapor Xinhua.

Pesawat yang membawa Datuk Bandar Jorge Grazziano, terhempas ke padang antara Villa Mercedes dan Justo Daract di San Luis, kira-kira 700 kilometer di barat laut ibu negara, Buenos Aires.

Martin Llaryora, gabenor Cordoba, menyatakan “takziah yang tulus kepada keluarga dan rakan” mangsa.

“Saya juga menyampaikan salam hormat saya kepada seluruh komunitinya, yang mana Jorge bekerja dengan komitmen dan dedikasi yang tidak mengenal penat lelah.

“Beliau akan diingati kerana dedikasinya terhadap perkhidmatan awam, kerana usaha berterusannya untuk pembangunan Reduccion, dan komitmen tegasnya terhadap kemajuan selatan wilayah itu,” kata gabenor itu.

Pertahanan Awam, anggota bomba dan polis wilayah mengambil bahagian dalam operasi bantuan, mengawal perimeter untuk memudahkan siasatan.

Mahkamah persekutuan campur tangan dalam kes itu, dengan tujuan untuk menentukan keadaan yang membawa kepada kemalangan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top