Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Nora Ariffin, akui sudah bersedia dan reda jika diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dalam prosiding di mahkamah hari ini.
Menurut laporan mStar, Nora yang kini berusia 51 tahun berkata dia mahu memulakan hidup baharu dan keluar dari persekitaran toksik demi ketenangan jiwa dan membersihkan namanya.
Kalau jodoh sampai di sini, saya terima. Mahu mulakan hidup baru dan keluar daripada persekitaran toksik selain ingin membersihkan nama, itu paling penting.
Tidak lagi mahu hidup dalam tekanan

Menurut Nora, mereka ada bertemu sebelum ke mahkamah namun tidak berbincang secara lanjut mengenai penceraian.
Kami tak bergaduh, cuma berjanji selesaikan dengan cara baik. Dia juga tahu apa saya mahu.
Nora ditemani oleh peguamnya, Sarah Mohd Ali, serta kakak angkat, Rafeah Ariffin, ketika hadir di mahkamah pada jam 8.35 pagi.
“Saya serahkan pada mahkamah” – Nora Ariffin

Enggan membuat andaian tentang keputusan hari ini, Nora memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang.
Segala keputusan yang saya dengar kejap lagi, saya akan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada.
Dr. Rushdi kunci mulut

Sementara itu, Dr. Rushdi pula enggan mengulas tentang prosiding dan lafaz cerai yang mungkin berlaku.
Saya tak mahu beri sebarang komen. Tentang lafaz cerai, saya tak boleh beritahu. Biar pihak mahkamah yang tentukan



