Kehadiran usahawan Datuk Red ke program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) malam tadi menjadi perhatian untuk memberi sokongan buat bekas isteri, Adira dan anak mereka, Anggrek.
Memetik Astro Gempak, Datuk Red berkata dia hadir untuk memberi sokongan kepada Anggrek serta mengakui air mata mengalir melihat kehadiran anak-anak yang lain di atas pentas.
BACA: “Korang Boleh Simpan, Rekod” – Datuk Red Lafaz Cerai Terhadap Adira Ketika Live TikTok
“Hari ini saya datang untuk bagi sokongan kepada anak saya iaitu Anggrek. Memang impian saya nak tengok anak saya. Alhamdulillah cemerlang hari ini. Tahniah Anggerik.
“Tengok anak-anak lain juga ada atas pentas, menitik air mata. Nak peluk tak dapat kan? Sebab jauh. Tahniah juga kepada Adira kerana berjaya menggilap bakat Anggerik,” katanya.
Sementara itu, kehadirannya itu juga adalah untuk memohon maaf kepada Adira atas apa yang berlaku ketika proses mahkamah kes rujuk mereka serta mendoakan kebahagiaan bekas isterinya.
“Saya datang ini sebagai tanda sokongan dan permohonan maaf untuk dia (Adira). Saya nak jernihkan apa yang saya sudah buat sebelum ini. Saya doakan dia semoga bahagia. Siti Adira, terbanglah tinggi. Saya doakan awak dan Anggerik,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red memaklumkan sejak dua minggu lalu dia tidak bertemu dengan anak-anaknya namun ada menghubungi melalui panggilan video.
“Dua minggu (tak jumpa). Saya ada video call dengan bibik, tapi dalam keadaan sekarang, bagi saya bertenang dulu. Tapi sebak bila tengok semua tadi. Tapi tak apa, asalkan dorang bahagia. Ya, saya sebak. Adira mungkin tahu saya datang sebab saya minta tiket dekat pengurus dia,” katanya.
Sumber: Astro Gempak



