am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tampil memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan, hari ini.
Bantuan bernilai hampir RM200,000 itu akan diagihkan oleh anak lelakinya Muhammad Eric Zaquan,17, atau lebih dikenali sebagai Kacak.
Menerusi satu rakaman video di Facebook dan TikTok, Vida memaklumkan beliau sekarang dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah, dan anak lelakinya mewakili beliau ke Kelantan.
Vida memaklumkan anaknya bersemangat untuk membawa perjuangannya untuk membantu mereka yang dalam kesempitan dan kesusahan yang diuji dengan musibah banjir.
“Insya-Allah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan keperluan harian dan duit kita bagi juga untuk fasa pertama.
“Dan akan ada juga (bantuan) pasca banjir selepas ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




