Daus Eli ‘Comeback’ Dengan Terukir… Mahu Fokus Ke Pentas AJL

Daus Eli ‘Comeback’ Dengan Terukir… Mahu Fokus Ke Pentas AJL

Selepas lama ‘menghilangkan’ diri dalam industri seni, penyanyi Daus Eli akhirnya kembali dengan single terbaharunya berjudul, Terukir.

Kata Daus ketika ditemui XTRA, sepanjang menyepi dalam industri,  dia banyak membuat kajian tentang muzik yang kini menjadi pilihan generasi baru.

“Kali ini takkan menghilang lagi. Kali ni memang nak fokus dengan lagu ini.

“Kehilangan saya sebelum ni bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah peribadi tetapi  sibuk dengan busines saya.

“Dan, akhirnya saya comeback selepas 2021. Masa tu covid lagi.

“Masa tu saya practice mencari genre baru yang sesuai. Sebab sekarang ni banyak dekat Malaysia ni banyak genre ballad. So, saya nak buat kelainan sikit dengan memilih lagu-lagu catchy.

“Sebab tu ambil lagu-lagu lama dalam tahun 2010. Masa tu  walaupun Edry Abd Halim yang buat, jadi saya follow. Kakau dengar, lagu ini ada elemen pop catchy and reggae jadi senang untuk orang lain follow dekat platform media sosial,” katanya.

Mengaku membawakan lagu bergenre balada sebelum ini sebagai mengikut trend, Daus bagaimanapun menjelaskan, dia tidak serik namun genre muzik itu bukanlah jiwanya.

“Saya tidak serik. Sebab kita masih mencari kan.. kalau ikutkan sesuai juga lah tapi saya macam tak happy. Sebab itu bukan jiwa saya.

“Saya bawa genre ballad sebelum itu pun sebab mengikut trend. Tapi ia tak berapa menjadi. Jadi kita practice lagi. Dan harapnya kali ni lagu Terukir mendapat sambutan dari luar negara seperti Indonesia dan Brunei,” jelasnya.

 

Ketika disoal mengenai relevan atau tidak kemunculannya disaat ramai penyanyi berbakat muncul, penyanyi yang sudah memiliki lima buah lagu ini berkata, dia tidak mudah mengaku kalah dan berputus asa.

Bahkan, percaya dengan usaha dan rezeki yang diberikan.

“Saya tak mudah putus asa. Keep on practice cuba nasib kalau sangkut alhamdulillah. Boleh sampai AJL.

“Untuk kekalkan relevan, bagi saya adalah keep on buat lagu-lagu mengikut trend.

“Kalau tengok ramai BBNU yang buat lagu pelik tapi sebab didengar. Dan mungkin saya juga akan bekerjasama dengan komposer yang sedia ada dan juga mungkin berduet dengan gen z ni.

“Saya suka dengar lagu Fahmi Rahnat, dia dan vibe muzik dia beza dengan lagu-lagu sedia ada. Fresh. Dari segi mastering memang sedap. Harapnya boleh berduet satu hari nanti,” ujarnya.

Sekadar info, single ‘Terukir’ merupakan single kelima dan pertama Daus berkolaborasi bersama pihak pengurusan Alternate Record and Talents.

Lagu ciptaan bersama Syed Asyraf itu merupakan karya yang menggabungkan elemen cinta sejati, keikhlasan dan kerohanian.

Antara lagu-lagu popular Daus sebelum ini  adalah, Kenapa? (2010), Akhir Waktu (2011), 1,000 Rasa Cinta (2017) dan Takdir Kita (2020).

Scroll to Top