Oh! Artis
Dayang Areeda tampil beri reaksi selepas namanya dikaitkan dengan foto ‘comolot’ bersama lelaki.
Pelakon, Dayang Areeda mengaku emosinya sedikit terganggu selepas namanya turut dikaitkan dengan foto intim dan aksi comolot pasangan selebriti yang tular sejak Ogos lepas.
Menurut laporan mStar, Dayang berkata kontroversi itu membuatkan dia berasa kecewa kerana langsung tidak ada kaitan dengan isu berkenaan.
Emosi saya memang terganggu sebab benda itu. Sudah tentu rasa sedikit down sebab saya rasa benda-benda macam itu tak patut.
Dayang Areeda terkejut bila namanya disebut

Menurut Dayang, dia hanya mengetahui tentang perkara itu selepas ada peminat menandainya di media sosial.
Tak tahu pun sebenarnya gambar itu fasal saya sehinggalah ada orang tag di TikTok. Mula-mula memang terkejut bila tengok.
Walaupun kecewa, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas panjang kerana enggan isu tersebut terus menjadi perhatian.
Pilih untuk terus fokus pada kerjaya

Bagi Dayang, jalan terbaik adalah untuk terus fokus dengan hidup dan kerjaya tanpa terlalu memikirkan kontroversi yang melanda.
Saya okay dan teruskan hidup. Sekarang pun saya sibuk dengan kerja dan uruskan kafe serta perniagaan.
Pssttt! Kadang-kadang kita boleh terheret dalam isu yang langsung tak ada kena mengena. Penting untuk bertenang, teruskan hidup, dan jangan biarkan fitnah menjejaskan semangat diri.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




