Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak menafikan bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka sekaligus menjawab spekulasi hangat dilamun cinta.
Memetik BH Online, Dayang enggan mengesahkan atau menafikan kononnya dia bakal berkahwin dengan individu berkenaan serta meminta peminat mendoakan yang terbaik.
BACA: Dayang Nurfaizah Pernah Diejek Suara Macam Itik
“Saya tidak nafikan sedang mengenali seseorang. Saya juga tidak mengiya atau menafikan (bakal berkahwin).
“Soal jodoh ini macam biasa dan memang kedengaran klise. Saya serahkan pada Allah SWT. Semoga peminat mendoakan yang terbaik untuk saya. Mungkin orang sangka saya nak kahwin sebab lagu raya saya berjudul Jodoh Di Hari Raya,” katanya.
Sementara itu, Dayang mengakui sedang menikmati fasa bahagia dan jika ada berita baik dia tidak akan sembunyikan serta akan kongsikan kepada umum.
“Dayang bahagia dan sentiasa bahagia serta bersyukur… Doakan. Kalau ada berita baik, jangan risau saya akan kongsikan. Benda tidak baik, kita diamkan… Janji,” katanya.
SUMBER: BH Online