Dayang Nurfaizah Terus Berteka-Teki Identiti Jejaka Di Hati, Akui Tak Sabar Menanti Tarikh Istimewa

Dayang Nurfaizah Terus Berteka-Teki Identiti Jejaka Di Hati, Akui Tak Sabar Menanti Tarikh Istimewa

Penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah kekal dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang kini bertakhta di hatinya.

Dayang atau nama lengkapnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, malah sempat ‘menguis’ pertanyaan media ketika disoal dakwaan dirinya sudah mempunyai tarikh penting untuk menamatkan zaman bujang.

“Dua tarikh persembahan eksklusif itu adalah tarikh istimewa saya.. doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Ketika disoal mengenai kehadiran selebriti yang digosipkan bercinta dengannya, iaitu Hael Husaini, Dayang bagaimanapun terus berteka-teki.

“Orang bermakna peminat saya. Tak bersama di atas pentas tetapi mereka adalah pembakar semangat saya.

“Setakat ini tiada kejutan atau gimik seperti itu. Semuanya istimewa pada saya. Kita jemput semua komposer, mereka adalah orang  penting untuk album Janji,” katanya.

Dayang berkata demikian ketika ditemui di sidang media Janji, with Dayang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai persembahan eksklusif yang bakal berlangsung di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, Dayang berkata dia akan menyampaikan lagu-lagu khusus daripada album Janji yang dilancarkan pada November tahun lalu.

“Persembahan ini adalah hadiah istimewa buat para peminat yang sentiasa menyokong saya.

“Saya memilih untuk membuat persembahan eksklusif secara ‘intimate’ sebab nak tengok wajah mereka,” katanya yang tidak menyangka tiket pada kedua-dua hari tersebut ‘sold out’.

Janji, with Dayang akan berlangsung selama dua hari pada 23 Ogos di Top View, Komtar Pulau Pinang, kemudian 27 September di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.

Scroll to Top