DBKL serbu kediaman warga asing dijadikan tempat simpan barang niaga

DBKL serbu kediaman warga asing dijadikan tempat simpan barang niaga

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan warga asing menjadikan kawasan kediaman sebagai tempat penyimpanan barangan perniagaan mengundang padah apabila diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Menurut DBKL, tindakan khas itu dilaksanakan terhadap warga asing yang menukar status kediaman di sekitar Taman Batu View, dekat sini.

Katanya, sebanyak lapan tindakan sita serta-merta dilaksanakan terhadap barangan perniagaan warga asing yang diletakkan di kawasan kediaman.

“Tindakan dilaksanakan mengikut Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982.

“Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, di sini, untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top