“Demi Allah Saya Tak Pekik, Video Owner Tu Tak Berasas, Timbulkan Fitnah”

“Demi Allah Saya Tak Pekik, Video Owner Tu Tak Berasas, Timbulkan Fitnah”

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil memberi penjelasan susulan ada peniaga mendakwa dirinya memekik staf ketika berkunjung ke sebuah booth di Celebfast Singapura.

Menerusi sesi siaran langsung pagi tadi, Betty bersumpah dia tidak berbuat demikian sebaliknya ungkapan ‘I want this’ ditujukan kepada rakannya seorang introvert.

BACA: “Kau Siapa?” – Usahawan Singapura Dakwa Betty Rahmad Pekik Staf Di Khalayak Ramai

Menurut Betty, dia memberitahu kepada rakannya jika mahu meminta atau membeli sesuatu tidak boleh mengharapkan hanya duduk di situ dan menunggu staf datang. 

“Demi Allah, bulan Ramadan, saya tak pekik. Saya tidak jerit dekat sales girl itu. Saya bercakap dengan kawan saya cara nak minta dekat orang. Dia (kawan) tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.

“Jadi, saya cakap dekat kawan saya ‘I want this’ macam itu cara untuk minta. Saya percaya korang ada yang kawan jenis introvert, tak tahu nak bercakap,” katanya.

Sementara itu, Betty berkata dakwaan peniaga itu tidak berasas kerana tidak menceritakan seluruh kejadian sekaligus boleh menimbulkan fitnah.

“Dalam video yang owner itu buat, sangat berbeza, tak berasas, menimbulkan fitnah, syak wasangka, scenario yang berbeza dengan cerita yang saya.

“Owner kata saya pergi ke kaunter dan cakap ‘I want this!’, sampai situ saja. Tak ada cerita selepas atau sebelum itu,” katanya.

Bagaimanapun, Betty memohon maaf sekiranya salah faham yang berlaku mengguris hati mana-mana pihak.

“Untuk sales girl tu saya minta maaf kalau mengguris hati awak, kalau ada apa-apa kita boleh DM dan selesaikan secara baik,” katanya.


Scroll to Top