DEMI membuktikan hubungan cinta, seorang gadis dari Eropah sanggup menempuh perjalanan beribu-ribu kilometer ke Lombok, Indonesia untuk bertemu kekasihnya.
Lebih menarik, kunjungan tersebut turut disertai keluarganya dari negara asal sebagai tanda hubungan berkenaan dipandang serius.
Momen pertemuan pasangan itu tular selepas dikongsikan akaun media sosial Voktis.Id, sekali gus menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan, gadis berkenaan dilihat berkunjung ke rumah sederhana milik pemuda tempatan terbabit bersama keluarganya.

Gadis berkenaan kelihatan mengenakan tudung berwarna biru dan kain batik yang menyerlahkan unsur budaya tempatan.
Kehadirannya bukan sekadar mencetuskan perhatian kerana jarak perjalanan yang ditempuh, malah penampilannya turut menjadi tumpuan.
Gadis berkenaan kelihatan mengenakan tudung berwarna biru dan kain batik yang menyerlahkan unsur budaya tempatan.
Pertemuan dua keluarga itu berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan, walaupun mereka datang daripada latar belakang serta budaya berbeza.
Gelak tawa dan perbualan antara kedua-dua keluarga turut menghiasi suasana sepanjang kunjungan berkenaan.
Video tersebut kemudian mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata tersentuh melihat kesungguhan gadis berkenaan membawa keluarganya untuk bertemu keluarga kekasih.
Ramai warga maya turut menitipkan doa agar hubungan pasangan itu dipermudahkan dan berkekalan.
Kisah berkenaan membuktikan perbezaan jarak, budaya dan latar belakang tidak semestinya menjadi penghalang apabila dua individu benar-benar serius dalam menjalinkan hubungan. – MW
