“Demi #FYP Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang” – Kieda Crepe Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkannya | Oh! Media

“Demi #FYP Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang” – Kieda Crepe Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkannya | Oh! Media

Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal Kieda Crepe mendakwa ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan perniagaannya.

Difahamkan, pihak tersebut juga merupakan usahawan dan peniaga sepertinya.

Menerusi satu hantaran di TikTonya, Kieda mendakwa, pihak itu berbuat demikian kerana ingin meraih perhatian dan demi konten semata-mata.

Demi #fyp sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri sedangkan kebanyakkan semua orang berniaga juga.

Cakap la apa pun, saya tetap dengan cara saya. Naiklah tanpa memburukkan orang demi tunjuk baik kita.

Kieda juga baru-baru ini telah menutup ruangan komen di video tersebut.


Scroll to Top