Demi Kesihatan Mental, Mimi Lana ‘Berehat’ Daripada Aplikasi Threads

Demi Kesihatan Mental, Mimi Lana ‘Berehat’ Daripada Aplikasi Threads

Pelakon, Mimi Lana memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada platform Threads demi menjaga kesihatan mentalnya.

Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, berkata dia menyedari penggunaan berlebihan memberi kesan kurang baik terhadap dirinya.

“Saya sentiasa suka berada di sini, tetapi saya sedar penggunaan yang terlalu banyak sebenarnya tidak begitu sihat untuk diri saya.

“Saya akan berehat seketika dan ‘uninstall’ aplikasi ini buat masa sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Mimi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu yang menggunakan namanya, khususnya yang cuba memperdaya dengan meminta wang.

“Tolong jangan percaya mana-mana akaun palsu yang menggunakan nama saya, terutamanya yang berkongsi kod QR untuk meminta wang. Itu bukan saya. Ini sahaja akaun rasmi saya,” jelasnya.

Scroll to Top