Demonstrasi tuntut perubahan kepimpinan Iran

Demonstrasi tuntut perubahan kepimpinan Iran
Demonstrasi tuntut perubahan kepimpinan Iran

Demonstran membawa potret Shah Mohammad Reza Pahlavi yang digulingkan ketika kebangkitan revolusi di Iran pada 1979.

MUNICH – Gelombang protes menuntut pengunduran pemerintahan teokratik diterajui Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei melanda beberapa bandar di seluruh dunia.

Demonstrasi tersebut dilaporkan berlaku di Melbourne, Athens, Tokyo dan London ketika komuniti antarabangsa kini menanti perkembangan konflik Washington dan Teheran.

Siri tunjuk perasaan itu diadakan serentak pada Sabtu, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa perubahan tampuk kepimpinan di Iran yang sudah memegang kuasa selama 47 tahun kononnya akan memberi hasil terbaik bagi sebuah negara yang bergelut dengan kekacauan berdarah.

Protes itu juga berlangsung sebagai menyahut seruan bekas Putera Mahkota digulingkan, Reza Pahlavi yang menggesa agar memberi tekanan kepada pemerintah Teheran.

Ketika berucap di persidangan Munich, Pahlavi sekali lagi menuntut intervensi Washington yang turut menyaksikan kira-kira 200,000 demonstran berhimpun di bandar tersebut.

Kebanyakan mereka membawa potret Pahlavi dan bendera Iran yang digunakan sebelum kebangkitan Revolusi Islam 1979.

Difahamkan, pusingan baharu rundingan nuklear antara AS dan Iran dijangka berlangsung di Geneva pada Selasa ini. – Agensi

Ringkasan AI

  • Gelombang protes menuntut pengunduran pemerintahan teokratik Iran berlaku di seluruh dunia
  • Demonstrasi tersebut dilaporkan berlaku di Melbourne, Athens, Tokyo, dan London
  • Siri tunjuk perasaan serentak diadakan sehari selepas Presiden AS, Donald Trump, mendakwa perubahan kepimpinan Iran akan membawa hasil terbaik
  • Protes itu berlangsung menyahut seruan bekas Putera Mahkota Iran, Reza Pahlavi, untuk memberi tekanan kepada pemerintah Teheran
  • Kira-kira 200,000 demonstran berhimpun di Munich, membawa potret Pahlavi dan bendera Iran sebelum Revolusi Islam 1979
Scroll to Top