BANGKOK – Seorang wanita didakwa mendera anak tiri yang berusia enam tahun dipercayai akibat dendam terhadap suami yang pernah memukulnya sebelum ini.
Kejadian itu terbongkar selepas suami wanita berusia 26 tahun itu memuat naik rakaman video dan gambar ke media sosial memaparkan anak perempuannya diherdik dan ditampar.
Lelaki berusia 37 tahun itu mendakwa, tindakan isterinya berpunca daripada perasaan marah yang terpendam selepas dia memukul wanita tersebut sebelum ini kerana tidak tahan melihat anak sering menjadi mangsa kekerasan.
Menurutnya, dia dan isteri masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu dan mangsa adalah anak kandung, manakala isterinya mempunyai seorang anak lelaki.
Bapa itu mendakwa, sepanjang tempoh perkahwinan, dia kerap melihat isteri berkelakuan kasar terhadap anak perempuannya, termasuk menampar muka dan mulut mangsa sambil menengking.
Sehari sebelum rakaman tersebut dimuat naik, pasangan itu bertengkar kerana suami memutuskan untuk membawa anak lelaki tinggal bersamanya, bimbang akan menjadi mangsa penderaan yang sama.
Wanita itu bagaimanapun mengakui menampar anak tirinya dua minggu lalu kerana beranggapan kanak-kanak itu mengeluarkan kata-kata tidak sopan walaupun sudah diberi amaran.
Dia turut mengaku tindakannya keterlaluan dan dipengaruhi rasa marah terhadap suami.
Namun mendakwa isu itu telah dibincangkan dan diselesaikan.