Oh! Artis
Elfira Loy dedah kisah putus tunang paling pahit bersama Sufian Suhaimi, pernah jadi bahan ejekan orang ramai!
Tular di TikTok potongan video menunjukkan pelakon popular, Elfira Loy menangis mengenang dugaan berat yang pernah dilaluinya dalam hidup.
BACA: Elfira Loy Berang Difitnah – “Nak Kami Kongsi Gambar Bercium Baru Percaya?”
Kongsi Elfira, dia pernah melalui fasa ibu bapa berpisah dan perlu bekerja keras untuk menanggung adik-adik sejak usia 12 tahun.
Namun, dugaan yang paling memberi kesan adalah apabila putus tunang dengan seorang selebriti pada 2018.
Elfira kena ejek, orang nyanyi lagu Sufian depannya

Elfira turut berkongsi detik sukar apabila sering menjadi bahan ejekan masyarakat ketika isu putus tunangnya menjadi bualan hangat.
Lebih menyedihkan, dia diejek secara terbuka ketika berada di pusat membeli-belah.
Ketika itu, saya pergi mana-mana orang akan buat lawak dan ejek saya. Orang ingat saya okey, tetapi sebenarnya tidak. Saya pergi pusat membeli-belah, orang gelak-gelak dan menyanyi lagu.
Jelas pelakon ini, sepanjang menjadi anak seni dia tidak pernah terpalit kontroversi panas. Namun, namanya menjadi bahan ejekan ramai hanya disebabkan putus tunang.
Mak marah sebab tak pertahankan diri
Dia terpaksa berdiam diri kerana enggan isu menjadi panjang. Malah, dia juga terpaksa berkurung di rumah dan tidak bercakap dengan siapa-siapa termasuk ibunya.
Malah katanya, ibunya sendiri marah kerana Elfira tidak bersuara mempertahankan diri sendiri.
Dalam keadaan jiwa yang rapuh, Elfira menemui kekuatan yang luar biasa dengan mendekatkan diri kepada Allah. Dia menghabiskan masa di masjid untuk mencari ketenangan dan perlindungan jiwa.
Saya tiada tempat nak pergi, jadi saya habiskan masa di masjid. Itu turning point (titik permulaan) dalam hidup saya.
Pelakon ini bersyukur Allah SWT akhirnya memberikan sesuatu yang lebih baik buat dirinya. Kini Elfira hidup bahagia bersama suami dan dua orang anak.
Pssttt! Kisah Elfira Loy mengajar kita bahawa walaupun dunia memandang rendah dan menghukum, Allah tetap ada untuk memberi kekuatan.
Kredit: TikTok @skippyyippyy
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.