Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto mengenakan gaun pengantin serba putih di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Ameera dilihat mencuba pelbagai rekaan gaun pengantin yang memukau.
Ameera Khan cantik macam puteri raja
Keanggunannya menarik perhatian netizen yang tidak henti-henti memuji penampilan seperti seorang puteri raja.
Di ruangan kapsyen, Ameera turut meluahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, dia tidak berkongsi butiran lanjut, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Netizen mula berteka-teki sama ada Ameera dilantik sebagai model pakaian pengantin atau sekadar mencuba untuk berseronok.

Namun, ada juga yang mengambil serius hantarannya itu, terutamanya dengan khabar angin tentang hubungannya dengan selebriti Indonesia, Jefri Nichol.



Sebelum ini, tular di media sosial gambar dan video memaparkan Ameera menikmati hidangan bersama Jefri di Jakarta.
Bahkan, terdapat foto pasangan itu berpegangan tangan yang sempat mencetuskan kontroversi sebelum ia dipadamkan.

Ruangan komen hantaran Ameera dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang memuji kecantikan dan keberaniannya mencuba sesuatu yang baru, tidak kurang juga yang menasihati Ameera agar berhati-hati membuat keputusan, lebih-lebih lagi jika benar dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Jefri.
#OhmediaNasihat
Kadang kala perkongsian gurauan diambil serius peminat yang mengambil berat mengenai selebriti kesayangan mereka. Orang kata, tegur tandanya sayang, kan? Mungkin netizen hanya mahukan yang terbaik buat Ameera Khan.





