“Depan-Depan Nampak Diam, Padahal Tikam Belakang…” – Individu Dakwa Ira Kazar Kaki ‘Provokasi’?

“Depan-Depan Nampak Diam, Padahal Tikam Belakang…” – Individu Dakwa Ira Kazar Kaki ‘Provokasi’?

Perwatakan penyanyi dan pempengaruh Ira Kazar didakwa tidak ‘seiring’ dengan karakter yang dipaparkannya kepada khalayak ramai.

Menerusi platform Threads, ada individu mendakwa anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi ini seorang yang gemar memberikan provokasi.

Meninjau ke ruangan balas, ada juga segelintir daripada netizen yang menyokong kenyataan individu berkenaan.

Malah, netizen juga mengaitkan semula dengan kisah lalu apabila Ira menjadi penyondol rumah tangga bekas pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sehingga mereka bercerai.

Sebelum ini, Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin mengakui, dia lebih memilih untuk berdiam diri daripada mendedahkan cerita yang tidak membawa sebarang manfaat.

Bekas isteri pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ini turut menegaskan, dia tidak mahu menjadi individu yang mudah membuka kisah peribadi orang lain hanya kerana ingin membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Buka Aib Orang Puas Sekejap Saja, Tapi Dosa Kekal Selamanya” – Ira Kazar 

Scroll to Top