Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Pelakon Amyza Aznan menerima ujian berat apabila anak sulungnya, Andre Mikhail Khairil Izhar meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser paru-paru.

Perkhabaran duka itu dikongsi menerusi hantaran Instagram Story milik Amyza yang memuat naik foto keadaan di hospital.

“Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, mintak semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.

Scroll to Top