Penerbit terkenal, Datuk A Aida mencuri tumpuan selepas memuat naik foto dirinya kembali memakai hijab.
Menerusi perkongsian di Instagam (IG) miliknya, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 56, menjelaskan perubahan penampilannya itu berlaku atas kerelaan dan keikhlasan sendiri.
“Bertudung bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati,” katanya di kapsyen.
Dalam pada itu, Aida turut memaklumkan hatinya terdetik selepas teringat janji bersama ustaz, yang pernah dibuatnya selepas pulih daripada sakit sehingga terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Janji dengan Ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di ICU.
“Semoga Allah pelihara kita semua,” katanya.

Sekitar Oktober 2025, Aida dilaporkan mengalami insiden tidak sedarkan diri selepas menjalani sesi fisioterapi baru-baru ini.
Difahamkan, Aida yang baru dua hari menjalani pembedahan pada kedua-dua lututnya berada dalam keadaan baik selepas prosedur berkenaan.
Namun, keadaan kesihatannya berubah secara mendadak ketika menjalani rawatan susulan.
Artikel Berkaitan: Sudah Sedarkan Diri, A Aida Masih Dipantau Di ICU




