Detik pilu bapa lihat anak dibaham buaya depan mata

Detik pilu bapa lihat anak dibaham buaya depan mata

am@hmetro.com.my

Kinabatangan: Tragedi menyayat hati menimpa seorang bapa apabila menyaksikan sendiri anaknya dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Segaliud, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dipercayai pergi menjala udang di sungai bersama bapanya sebelum dibaham reptilia itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.22 malam.

Katanya, jarak balai ke kampung berkenaan kira-kira 30 kilometer (km) dan anggota tiba di lokasi berkenaan pada jam 9.10 malam.

“Menurut bapa mangsa yang berada di lokasi, dia melihat anaknya itu dibaham buaya di depan matanya.

“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan membabitkan empat anggota. Setakat ini, mangsa belum ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top