Kemelut rumah tangga Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal, terus menjadi bualan hangat dan Dewi pula sering menjadi orang yang dikaitkan sebagai punca mereka bercerai.
Akui penat dengan semua dakwaan ini, Dewi akhirnya tampil untuk mempertahankan dirinya.
“Kalau saya penyondol, kenapa tak serang dari awal?”- Dewi.

Dewi tidak lagi mampu berdiam diri apabila terus dituduh bersekedudukan dengan Jofliam di banglo miliknya. Dia secara terbuka mempersoalkan tindakan Cik Epal yang sering menyerangnya di media sosial.
Munirah, macam ni la. Kalau betul saya penyondol, dengan cara sekarang awak nak attack orang, kenapa tak attack saya dari dulu?
Awak langgar takliq 4 September, 8 September awak minta berjumpa dengan saya. 20 September minta jumpa lagi.- Katanya dengan nada kesal.
Dewi tegaskan isu Milan bukan punca…

Bukan itu sahaja, Dewi juga tampil menjelaskan isu Milan yang sebelum ini dikatakan menjadi punca utama keretakan rumah tangga pasangan itu. Menurutnya, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.
Munirah, awak lupa ke awak yang pilih barang-barang ini untuk saya ke Milan? Awak siap try on kasut tu lagi. Munirah, awak yang approve saya ke Milan.
Awak dah bercerai sebelum saya ke Milan lagi, jadi Milan bukan punca awak bercerai, maaf cakap.- Tegas Dewi.
“Saya tak pernah tidur rumah Jo!”- Dewi.
Dalam kenyataan yang sama, Dewi turut menyangkal dakwaan bahawa dia tinggal bersama Jofliam. Dia menjelaskan bahawa setiap hari, dia pulang ke rumahnya sendiri dan bukannya seperti yang dituduh.
Rumah saya ada CCTV, boleh nampak saya tiap hari balik rumah. Ada tarikh, ada time. Saya tak pernah tidur rumah Jo, saya bekerja dan sentiasa ditemani orang. Jumpa dekat mahkamah.- Ujarnya.
#OhmediaNasihat
Setiap kisah rumah tangga mempunyai dua sisi cerita, dan ia sering diselubungi salah faham. Sebelum membuat sebarang tuduhan, pastikan kita memahami fakta yang sebenar.
Jangan terlalu cepat menghukum kerana kata-kata kita mampu mencederakan hati orang lain.





