Di mana Angel?

Di mana Angel?

hafidzul@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 15 Mei lalu, dengan kali terakhir dilihat di kawasan Jalan 21/33 Seapark, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, laporan kehilangan Angel Ho Kha Suen dibuat pada 19 Mei lalu.

“Butir-butir orang hilang adalah berketinggian 160 sentimeter (cm) dengan berat badan 45 kilogram (kg), berkulit cerah dan berambut lurus berwarna hitam coklat paras pinggang.

“Kali terakhir remaja berkenaan dilihat berada di kawasan Jalan 21/33 Seapark kira-kira jam 2 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ainaa Athira di talian 010-2762186 bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top