‘“Dia Ada Suami, Sebagai Bapa Saya Tak Boleh Campur Sangat” – Iwan

‘“Dia Ada Suami, Sebagai Bapa Saya Tak Boleh Campur Sangat” – Iwan

Susulan tindakan anaknya Aprena Manrose yang didakwa membuka tudung ketika bermain badminton,baru-baru ini, penyanyi Iwan Syahman berkata dia tidak boleh campur kerana anaknya itu mempunyai suami.

Memetik Harian Metro, Iwan berkata dia tahu mengenai tindakan Aprena itu, tetapi hanya mampu memberi nasihat dan mengingatkan saja.

“Saya hanya datang kepada mereka (anak-anak) untuk memperingati saja. Rasulullah SAW datang ke dunia ini pun untuk memperingati saja dan yang memberi hidayah tetap Allah SWT. Tidak boleh dipaksa juga,” katanya.

Menurutnya lagi, jika Aprena berusaha atas iman dengan betul tidak mungkin dia akan bertindak sedemikian dan sebagai bapa dia akan memberikan peringatan kepada anaknya itu.

“Oleh kerana dia masih ada suami, saya biarlah. Kecuali kalau dia sudah bercerai apa semua, tarik dan tahulah saya macam mana nak buat. Cuma, saya tetap juga yang memberikan peringatan saja,” katanya.

Dalam pada itu, Iwan berkata juga tidak menghubungi Aprena untuk bertanya lanjut mengenai tindakan anaknya itu selepas tular foto di media sosial 

“Apabila benda-benda anak berubah ini, yang dapat maklumat dulu adalah saya. Orang akan tanya saya dulu dan memang saya biasanya mesti tahu. Tapi, tak ada masalah dan saya hanya memberi peringatan saja, tidak lebih dari itu.

“Cuma, saya pun tidak hubungi dia selepas foto itu (tidak bertudung) tersebar. Sebab, suami dia ada dan suamilah. Kenapa saya nak kena ikut campur sangat. Tapi, bila dia datang ke rumah nanti, memang saya beri nasihat,” katanya.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top