Anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam berkongsikan keadaan abangnya Andre Mikhail berada dalam keadaan kritikal.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Adrian berkata Andre bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan.
BACA: “Hanya Mengharap Keajaiban” – Amyza Aznan Bawa Anak Balik Rumah
“Abang kritikal, dia sedang nazak. Dia bergantung kepada oksigen. Doktor kata dia boleh dengar lagi cuma tak respons,” katanya.
Sementara itu, Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang berkongsikan keadaannya yang sukar bergerak.
“Alhamdulillah, badan saya okey lagi, nak jalan susah. Ada sakit-sakit, kaki bengkak sebelah tapi saya masih boleh tidur, berjalan dan duduk,” katanya.
Sumber: Melodi




