Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut mendapat tahu salah sebuah rumahnya tiba-tiba menjadi sarang pelacuran dan penagihan dadah.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Aliff dilihat menerjah rumah itu dan menemui individu warga asing yang dipercayai menceroboh rumahnya.
“Badan papa seram sejuk nak demam…” – Aliff Syukri
Selebriti media sosial ini naik angin memohon penjelasan daripada wanita terbabit, tetapi wanita terbabit menjawab dalam bahasa yang tidak difahami.
Dalam kapsyen panjang lebar, Aliff meluahkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku, seolah-olah tak percaya rumah sendiri boleh jadi tempat maksiat.
Papa sungguh tak sangka. Rumah papa, kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam… Rumah Papa, dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. MasyALLAH, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat sangat. Patut ke papa lepaskan atau Papa call polis?
Difahamkan, perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang turut bersimpati dan menasihatkan agar beliau segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pssttt! Diharapkan Aliff Syukri dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku. Jangan biarkan rumah sendiri jadi mangsa lagi!
Kredit: Instagram Aliff Syukri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.