“Dia Kuat Mengaji, Solat Sunat” – Pernah Jaga Bung Moktar Di Wad, Staf Hospital Kongsi Kebaikan Allahyarham | Trending – Oh! Media

“Dia Kuat Mengaji, Solat Sunat” – Pernah Jaga Bung Moktar Di Wad, Staf Hospital Kongsi Kebaikan Allahyarham | Trending – Oh! Media

Trending

Warganet kongsi kebaikan Bung Moktar ketika hayat, termasuk amalan mengaji, solat sunat dan bantu bayaran pengajian.


Sejak berita pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin, semakin ramai warganet tampil berkongsi sisi lain Allahyarham yang tidak pernah diketahui ramai.

BACA: Zahid Hamidi Luluh Terima Berita Pemergian Bung Moktar, Luah Rasa Kehilangan Sahabat Sejati

Antaranya mengenai Allahyarham yang selalu berzikir dan beribadah serta tidak lokek menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Pernah jaga di Prince Court, Allahyarham kuat mengaji dan solat sunat

Seorang kakitangan perubatan yang pernah menjaga Allahyarham di wad Prince Court menjadi saksi Allahyarham sering mengaji dan solat sunat.

Saya pernah jaga dia dekat Prince Court masa dia admit, sumpah tak sangka dia selama stay dalam bilik, dia kuat mengaji Al Quran dan solat sunat. Saya pernah tegur dia cakap Dato rupanya warak juga kan…

Menurutnya, persepsi orang luar sangat berbeza dengan apa yang dilihat sendiri.

Masa tu dia gelak saja kata tak pa orang luar ramai bilang dia jahat tapi berbeza sungguh apa yang saya nampak depan mata. Terima kasih Dato selalu belanja kami makan sepanjang Dato admit dulu di Prince Court. innalillah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika bertemu Allahyarham di KLIA pada tahun 2021.

Bung Moktar

Aku kebetulan terserempak arwah di KLIA time dia nak fly balik Sabah tahun 2021. Time tu aku tak cukup duit nak bayar yuran. Aku tebalkan muka approach tanya bolah tak nak minta duit sikit tambah bayar yuran pengajian. Time tu memang langsung tak cukup duit last sem dah. Dia bagi on the spot siap pesan belajar baik-baik…

Menurutnya lagi, bantuan itu bukan sahaja menyelesaikan bayaran pengajiannya, malah Allahyarham turut memberi nombor telefon untuk terus berhubung.

Alhamdulillah aku grad PhD aku… Time aku passed with minor corrections viva voce aku, aku maklumkan pada dia through WhatsApp bagitau aku dah tamat PhD aku. Dia cakap “Alhamdulillah”. Semoga Allah sentiasa merahmati roh arwah. Amin. In person, arwah sebenarnya soft spoken.

Cerita-cerita ini terus dikongsi ramai dan mencetuskan rasa terharu dalam kalangan warganet yang tidak menyangka Allahyarham mempunyai sisi peribadi sebegitu baik dan rendah hati.

Pssttt! Kadang-kadang, manusia hanya benar-benar dikenang melalui kebaikan kecil yang dilakukannya tanpa mengharapkan balasan. Kisah-kisah ini menunjukkan bahawa Allahyarham Bung Moktar mungkin memiliki sisi lembut dan pemurah yang tidak ramai tahu. Semoga segala kebaikan beliau menjadi asbab ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga keluarganya diberi ketabahan menghadapi waktu sukar ini.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top