“Dia Memang Attention Seeker!” – Cik B ‘Sound’ Iqbal Kerana Pertikai Mengenai Datuk Seri Vida | Trending – Oh! Media

“Dia Memang Attention Seeker!” – Cik B ‘Sound’ Iqbal Kerana Pertikai Mengenai Datuk Seri Vida | Trending – Oh! Media

Trending

Cik B berang dengan kenyataan Iqbal Zulkefli.


Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil meluahkan rasa berang terhadap kenyataan Iqbal Zulkefli yang menyentuh penampilan ibunya di platform Threads.

Menurut laporan mStar, Cik B berkata dia langsung tidak nampak keperluan untuk Iqbal mempertikaikan pilihan ibunya memakai bulu mata palsu.

Suka hati mama saya kalau nak pakai bulu mata panjang 10 inci mahupun 100 inci. Apa-apa pun memang geram, dengar nama dia pun dah serabut.

“Dia memang attention seeker!” – Cik B

Cik B Datuk Seri Vida
Kredit Foto mStar

Cik B turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali membenarkan ibunya kembali kepada Iqbal yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mahukan perhatian.

Saya memang takkan benarkan mama kembali semula kepada Iqbal. Dia seorang yang suka mencari perhatian sebenarnya.

Attention seeker nombor satu! Dia juga seorang narsistik.

Iqbal didakwa nak ‘validation’ dari netizen

Iqbal Zulkefli

Tambah Cik B lagi, tindakan Iqbal membuat hantaran tersebut hanyalah untuk meraih perhatian dan sokongan netizen semata-mata.

Bila dia buat ciapan itu sebenarnya dia cuma nakkan ‘validation’ daripada warganet, itu sahaja.

Menurutnya, jika benar Iqbal mahu berbaik semula, dia sepatutnya menerima Datuk Seri Vida seadanya tanpa cuba mengubah penampilan.

Sebelum ini, Iqbal ada menyatakan hasrat untuk mengubah penampilan Datuk Seri Vida sekiranya hubungan mereka kembali jernih.

Katanya, dia lebih menyukai gaya Vida yang dahulu, yang disifatkan lebih minimalis berbanding sekarang.

Pssttt! Dalam hubungan, penerimaan seadanya itu penting. Hormati pilihan dan gaya hidup orang lain tanpa perlu menjatuhkan atau mengubah mereka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top