”Dia Sentiasa Ada Dengan Saya..” – Sophia Albarakbah Tak Kisah Berjodoh Dengan Individu Ini | Oh! Artis – Oh! Media

”Dia Sentiasa Ada Dengan Saya..” – Sophia Albarakbah Tak Kisah Berjodoh Dengan Individu Ini | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Sophia Albarakbah dedah hubungan 14 tahun dengan sahabat lama. Tak letak label, tapi tak tolak kalau berjodoh.


Pelakon cantik, Sophia Albarakbah akhirnya buka cerita soal hubungan rapat dengan seorang lelaki yang sudah dikenali sejak 14 tahun lalu ketika zaman universiti.

Menurut laporan Kosmo, lelaki berkenaan bukan saja rapat dengannya, malah sudah dianggap sebahagian daripada keluarganya sejak sekian lama.

Itu kawan lama saya, 14 tahun kenal dari zaman universiti. Memang dia rapat dengan keluarga saya. Dia sentiasa ada dengan saya tak pernah tinggal. Buat masa sekarang, saya tak nak letak ‘label’, kami memang kawan.

Sophia Albarakbah tak letak harapan, tapi restu keluarga sentiasa ada

Sophia Albarakbah

Sophia menjelaskan bahawa dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal kahwin kerana mahu fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu.

Ya (kawan paling rapat). Kalau ada jodoh, okeylah. Keluarga sentiasa restu dari dulu.

Difahamkan, lelaki berkenaan turut hadir di malam gala filem Tembuni Berdarah semalam dan duduk sebaris bersama keluarganya.

Fokus karier, kahwin ‘go with the flow’

Sophia Albarakbah

Walaupun sering diasak dengan persoalan tentang perkahwinan, Sophia tetap mahu memberi keutamaan pada kerjayanya.

Sekarang nak fokus hasilkan kerjaya orang suka tengok. Saya mahu orang pandang bakat saya lebih banyak. Fasal kahwin, saya memang tak fikir lagi, kalau ada saya ‘go with the flow’.

Dalam masa yang sama, aktres itu akui bersyukur kerana kawan baiknya dan keluarga sentiasa memberikan sokongan penuh untuk karier seninya.

Dia daripada dulu sokong saya, mungkin orang baru perasan hari ini. Keluarga dan kawan-kawan saya memang menyokong filem saya.

Pssttt! Kadang-kadang, jodoh yang kita cari jauh sebenarnya sudah ada dekat depan mata. Percaya pada perjalanan hidup, fokus pada diri dan biar masa tentukan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top