Seorang lelaki meluahkan kebimbangan terhadap hubungan adik perempuannya dengan seorang artis lelaki terkenal yang didakwa masih berterusan walaupun keluarga menentang sejak tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, pihak keluarga terpaksa mendapatkan bantuan media mendakwa adiknya semakin sukar dikawal dan terlalu terpengaruh dengan artis berkenaan.
Keluarga tak restu, adik seolah-olah dikawal

Katanya, ibu bapanya juga pernah didesak untuk menerima hubungan tersebut selain pasangan itu dikatakan merancang untuk berkahwin.
Lelaki itu mendakwa keluarganya sudah cuba menghentikan hubungan berkenaan termasuk membuat aduan kepada majikan artis terbabit, namun perkara itu dikatakan tidak mendapat kerjasama sewajarnya.
Menurutnya lagi, keluarga mereka juga tidak bersetuju dengan hubungan itu kerana artis lelaki terbabit sebelum ini didakwa pernah berjanji untuk tidak meneruskan hubungan dengan adiknya.
Dakwa artis masih hubungi adiknya

Dalam masa sama, dia mendakwa artis tersebut masih lagi menghubungi adiknya malah pernah keluar bersama secara berdua-duaan.
Adik perempuan saya seolah-olah menjadi orang gila sehingga sanggup menentang dan membuang keluarga hanya untuk menjalinkan hubungan dengan artis lelaki itu.
Terdahulu, Harian Metro pernah melaporkan mengenai seorang artis lelaki terkenal yang mempunyai latar pendidikan tinggi didakwa berlaku curang terhadap isterinya selepas dilihat keluar bersama wanita lain.
Pssttt! Setiap hubungan pasti ada cabaran dan pandangan berbeza daripada keluarga. Namun jika perkara ini benar berlaku, sebaiknya semua pihak duduk berbincang secara baik supaya isu ini tidak terus berpanjangan dan mengeruhkan lagi keadaan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




