am@hmetro.com.my
Bachok: “Dia takut dan trauma sebab tak kenal pelaku dan tak tahu motif diperlakukan begitu,” kata sumber rapat pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar.
Sumber rapat yang enggan dikenali itu berkata, perkara itu dimaklumkan Nor Faziera Muda, 27, selepas melawat wanita itu di hospital hari ini.
Katanya, Nor Faziera sudah menjalani tiga pembedahan membuang sisa asid pada badan dan esok akan menjalani pembedahan kali ke empat.
“Kami harap polis cepat tangkap suspek.
“Hari ini pun jumpa, dia macam malas bercakap dengan orang macam pening kepala, dia macam trauma selagi kes ini tak selesai sebab tak tahu siapa yang buat dia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber berkenaan berkata, selain suspek pelaku, mereka turut berharap dalang kejadian juga dapat ditangkap segera.
Sabtu lalu, Nor Faziera disimbah asid oleh tiga suspek berpurdah dan bertopeng yang menyamar sebagai pelanggan untuk temu janji urut di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar.
Sehingga kini dua suspek iaitu wanita berusia 38 tahun dan lelaki berusia 45 tahun yang bekerja di kilang getah ditahan reman bagi membantu siasatan kes.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Berita Berkaitan
- Kes simbah asid: Polis ambil sampel asid dari tempat kerja 2 suspek
- Suspek kedua kes simbah asid pengusaha spa direman tujuh hari
- Kes simbah asid pengusaha spa: Seorang lagi ditahan
- Suspek wanita kes simbah asid pengusaha spa ditahan
- Pengusaha spa selamat jalani pembedahan kali kedua
- ‘Mungkin mereka orang upahan’ – Suami pengusaha spa disimbah asid
© New Straits Times Press (M) Bhd




