“Dia Terus Hilang Begitu Saja” – Konflik Dengan Ruhainies, Chacha Maembong Kekal Profesional

“Dia Terus Hilang Begitu Saja” – Konflik Dengan Ruhainies, Chacha Maembong Kekal Profesional

“Sejak kontroversi itu saya memang tak pernah terserempak dengan dia,” demikian respons pelakon, Chacha Maembong ketika disoal mengenai konflik namanya ‘dipetik’ dalam perbualan antara aktres, Ruhainies dan aktor, Aliff Aziz, sebelum ini.

Perbualan tersebut didedahkan oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah kekasih gelap Aliff, iaitu Sarah Yasmine.

Memetik laporan Harian Metro, Chacha atau nama Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, berkata dia dan Ruhainies tidak pernah berjumpa di mana-mana acara selepas kontroversi tersebut.

“Selepas kejadian itu, kami memang tak pernah berhubung dan berjumpa. Memang dia pun terus hilang begitu saja. Saya pun sekarang memang fokus nak buat duit, fokus kerja dan kerjaya saya.

“Apa yang terjadi hanyalah salah faham. Saya memang tak suka bergaduh dengan sesama orang dalam bidang ini,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha turut berkata dia akan terus mengekalkan sikap profesional serta tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Ruhainies, sekiranya diberi peluang untuk berganding bersama.

“Bergaduh sebesar mana pun akan berjumpa juga, dekat majlis-majlis misalnya atau tiba-tiba boleh berlakon sama.

“Kalau ada tawaran untuk kami bekerjasama, saya tetap akan bersikap profesional. Bila hal peribadi sebegini beri impak, tak seronok terutamanya membabitkan nama saya kena petik. Minta dijauhkan,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top