Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tegas dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Betty atau nama lengkapnya, Norsha Rahmad Ali kelihatan bertemu dengan peguam bagi menguruskan kesnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Last Year Kakak Kau Kurang Ajar, This Year Kau Pula” – Didakwa Memekik Terhadap Pekerja? Individu Gesa Permohonan Maaf Dari Betty Rahmad
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Didakwa Kurang Ajar, Betty Rahmad Muat Naik ‘Pesanan Dari Tuhan’ – “Jika Datang Dari Kamu Seorang Yang Fasik, Maka Selidiklah”
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah
Menurutnya, isu fitnah melibatkan dirinya sebelum ini sudah berlanjutan lebih dari tujuh hari dan pelbagai spekulasi tidak berasas terus diperkatakan.
“Dah lebih dari seminggu perkara ini dibiarkan. Namun semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan yang tidak berasas.
“Diam tak bermaksud saya merelakan diri dipijak,” katanya.
Dalam hantaran sama, adik kepada dramatis terkenal, Erma Fatima itu berkata, demi menjaga maruah diri dan agama, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menokok tambah dan menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
“Demi menjaga maruah diri dan agama, saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
“Kepada mana-mana pihak yang menokok tambah atau menyebarkan fitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” tegasnya.