Diana Danielle Failkan Cerai Kali Kedua Dengan Farid Kamil Atas Alasan Shiqaq Berpanjangan | Oh! Media

Diana Danielle Failkan Cerai Kali Kedua Dengan Farid Kamil Atas Alasan Shiqaq Berpanjangan | Oh! Media

Pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil sekali lagi menjadi tajuk utama dunia hiburan apabila mereka sekali lagi berhadapan dengan proses penceraian.

Pagi tadi, Diana dilihat tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini dengan tenang, memilih untuk tidak memberi komen selepas urusan memfailkan cerai terhadap suaminya.

Cerai atas alasan tiada persefahaman…

diana danielle farid kamil

Peguam syarie Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, menjelaskan bahawa penceraian ini berpunca daripada tiada persefahaman dan perbalahan berpanjangan atau shiqaq.

Menurut beliau, mahkamah kemudian menetapkan 20 November sebagai tarikh sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan cerai mereka.

Kisah perceraian dan rujuk kembali…

Ini bukan kali pertama mereka berhadapan dengan isu penceraian. Diana sebelum ini telah memfailkan cerai pada Ogos tahun lalu tetapi pasangan ini akhirnya rujuk semula.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora, yang tentunya menjadi tumpuan dalam isu keluarga ini.

Para peminat kini tertanya-tanya, adakah ini penamat bagi kisah cinta Farid dan Diana atau mungkin akan ada peluang kedua lagi?

#OhmediaNasihat

Kadangkala, dalam perhubungan, kesefahaman adalah kunci utama kebahagiaan. Jika menghadapi masalah, cuba untuk berkomunikasi dan memahami satu sama lain dengan lebih baik sebelum membuat keputusan besar.


Scroll to Top