Diana Danielle Kantoi Pegang Tangan Dengan Lelaki Di Pusat Beli Belah?! | Trending – Oh! Media

Diana Danielle Kantoi Pegang Tangan Dengan Lelaki Di Pusat Beli Belah?! | Trending – Oh! Media

Trending

Gosip cinta Diana Danielle makin hangat bila dia kantoi berpegangan tangan dengan jejaka misteri di pusat beli-belah.


Selepas sekian lama dihimpit gosip percintaan, nama Diana Danielle kembali jadi bualan hangat apabila muncul khabar angin bahawa dia kini rapat dengan seorang jejaka kacak.

Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang sumber mendakwa ternampak Diana bersama lelaki misteri itu berjalan berpegangan tangan di sebuah pusat beli-belah.

Lebih menarik perhatian, mereka berdua dikatakan berpakaian sukan seolah-olah baru selesai beriadah bersama.

Bukan dari industri seni

Diana Danielle

Individu yang dilihat bersama Diana itu khabarnya bukan dari kalangan artis. Sumber menggambarkannya sebagai seorang lelaki tinggi, berkulit sawo matang dan tampak mesra dengan aktres tersebut.

Perkembangan ini membuatkan ramai beranggapan Diana sudah menemui cinta baharu selepas kegagalan rumah tangganya dengan Farid Kamil.

Peminat sokong Diana Danielle bahagia semula

Diana Danielle

Bagi peminat, tiada salahnya kerana Diana kini bukan lagi bergelar isteri orang, malah tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu yang baik kepada anak-anaknya.

Ramai juga berharap lelaki misteri tersebut benar-benar serius dan mampu memberikan kebahagiaan buat pelakon jelita itu.

Pssttt! Selepas melalui fasa sukar, setiap orang berhak mengecap kebahagiaan semula. Jangan cepat menghukum, doakan yang terbaik buat Diana.

Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top