Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Ketika Tempoh Idah

Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Ketika Tempoh Idah

Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan dia mengenali kekasihnya dikenali sebagai Bern ketika dia masih dalam tempoh idah.

Memetik Harian Metro, Diana berkata bimbang akan timbul salah faham disebabkan itu dia berhati-hati mendedahkan hubungannya dengan jejaka itu.

BACA: “Taste Saya Bukan Yang Muda-Muda” – Diana Danielle Bercinta Dengan Ahli Perniagaan

“Kenapa saya tidak mahu dedahkan sebelum ini sebab saya takut orang salah faham, mengatakan dia pernah hadir dalam hidup saya ketika saya masih berkahwin dan sebagainya.

“Hakikatnya, saya tidak pernah kenal dia sebelum saya habis tempoh idah. Tetapi mulut manusia ini membuatkan saya risau. Jadi untuk jelaskan, memang saya tidak kenal dia sebelum itu,” katanya.

Sementara itu, Diana terbuka berkongsikan perkenalannya dengan kekasih pada tahun lalu serta menyifatkan Bern seorang lelaki yang baik.

“Dari situ, kami mengambil masa yang agak lama untuk saling mengenali sebelum kami mengisytiharkan satu sama lain sebagai pasangan. 

“Kini saya sangat berbangga mempunyai dia sebagai pasangan kerana dia seorang lelaki yang sangat baik dan dihormati,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata dia enggan terburu-buru untuk melangkah ke fasa perkahwinan meskipun ibunya sudah bertanyakan tentang perkara itu.

“Emak saya sudah bertanya bila kami hendak berkahwin. Tetapi saya rasa kami masih lagi dalam fasa yang belum sampai ke tahap itu kerana masih banyak masa yang saya dan anak-anak perlukan sebelum melangkah ke fasa yang lebih serius,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top