Diaspora Turkiye di Malaysia mengundi dalam pilihan raya penentu

Diaspora Turkiye di Malaysia mengundi dalam pilihan raya penentu

KUALA LUMPUR – Diaspora Turkiye di Malaysia mula mengundi pada Sabtu untuk pusingan penentuan pemilihan presiden Turkiye yang menyaksikan persaingan antara penyandang presiden Recep Tayyip Erdogan dan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.

Pilihan raya penentu akan diadakan di Turkiye pada 28 Mei selepas Erdogan gagal memperoleh 50 peratus undi yang diperlukan untuk mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung Ahad lepas.

Kedutaan Turkiye di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kira-kira 700 rakyat TurkiyeĀ di Malaysia layak mengundi kali ini.

Proses pengundian dijalankanĀ di kedutaan selama dua hari bermula Sabtu (20 Mei) dari 8 pagi hingga 10 malam.

ā€œKertas undi akan dihantar ke Turkiye pada Isnin.Ā Semua undi akan dikira pada malam 28 Mei,ā€ menurut kenyataan itu.

DutaĀ Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, berkata Turkiye sebuah negara demokrasi yang lengkap denganĀ peraturan dan adat.

ā€œPusingan pertama pemilihan presiden telah punĀ selesai tanpa sebarang masalah. Sistem pilihan raya boleh dipercayai, telus dan di bawah pemerhatian berterusan semua pihak yang terlibat,ā€ katanya.

Pengundian pusingan pertama telah dijalankan dari 6 hingga 7 Mei di Malaysia.

Sementara itu, pengundiĀ Emre Senyuva,Ā berkata mengundi di luar negara sangat istimewa dan berterima kasih kepada pihak kedutaan kerana memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan haknya.

Kira-kira 3.4 juta rakyat Turki layak mengundi di luar negaraĀ daripada keseluruhan 64 juta pengundi.

Pada pusingan pertama, Ā Erdogan memenangi 49.5 peratus undi manakala Kilicdaroglu, ketua pakatan pembangkang yang terdiri daripada enam parti, memperoleh 44.89 peratus undi. – BERNAMA

Scroll to Top